Friday, April 18, 2008

Seks, Seksi, Seksaan

Akum dan salam revolusi,
Baru2 ini, sy ada terbaca majalah mastika (terbitan bulanMei 2008) dan sy tertarik dgn satu artikel
yg dimuatkan di dalamnya yg bertajuk "Saya akan campak kamu keluar!!" Sy mendapat idea utk menulis topik ini melalui artikel ini. Ia menceritakan mengenai situasi sebenar di Lindau, Jerman pd tahun lepas di mana seorang perempuan dihalau turun oleh pemandu bas kerana berpakaian menjolok mata. Jd, apa yg nak disampaikan???Mudah, masyarakat barat pun sudah muak dgn etika berpakaian mereka dan sedar akan akibat yg bakal diterima. Jadi, mengapa kita pula berlumba-lumba utk membeli pakaian yg begitu ringkas dan mudah sama seperti mudah dan ringkasnya cara hidup masyarakat kita sekarang?? Bukan tujuan utama sy hendak menghentam kaum wanita, tetapi ini adalah realiti dan perlu diterima.

Ada satu isu di sini yg sy rasa xpenah dibincangkan oleh sapa2 secara terbuka mahupun tertutup, dan critically critique the issue. Adakah seksi itu sekadar fesyen atau haram??Atau lebih mudah, adakah istilah "seksi" itu ada dalam mana2 etika pemakaian Islam terutamanya dlm negara "Islam Hadhari" ini??Adakah terdapat istilah sedemikian rupa?Jadi, apakah yg dinamakan "seksi" yg menjadi keagungan dan kebanggaan ahli masyarakat kita terutamanya pendokong hedonisme (para artis, karyawan terutamanya industri hiburan)?Seksi adalah "anugerah" yg diciptakan oleh golongan hedonisme ini utk diberikan kpd golongan yg berpakaian paling "ringkas", menampakkan tubuh, serta ada juga yg mendefinisikan seksi sbg individu atau bahagian tubuhnya yg dpt mengiurkan org lain yg bertentangan jantina (ada juga yg sama jantina!!!!).Fikir2kanlah....

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat" (Surah Al-Araaf : ayat 26)

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mumin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Al- Ahzab : ayat 59)

Dalam Al-Quran telah dijelaskan mengenai etika berpakaian, jd mengapa perlu kita "mengubahsuai" etika tersebut??Adakah kita hendak mencabar perintah Allah S.W.T, Pencipta seluruh alam??Bukan setakat itu sahaja, kita berlumba-lumba pula utk menjadi lebih seksi dan mewujudkan persaingan individu. Fikir2kanlah.....

Disini sy akan membuat satu kronologi mudah, pemakaian "ringkas" ini jelas mendatangkan lebih byk kemudaratan dari kebaikkan malah menjadi larangan Allah S.W.T, jd salah satu cara bagi mengelakkan berlakunya jenayah rogol (walaupun kesanya minima, sekurang2nya boleh ikhtiar), jenayah seks lain dan seterusnya, menjauhkan diri dari azab tuhan. Harus, diingat, golongan wanita adalah penghuni paling byk di dalam neraka!! Fikir2kanlah....

Sy pun, bknlah begitu "baik" dan alim, tetapi ingin memperbetulkan diri juga. Jika ada kesilapan, anda dialu2kan utk membuat penambahbaikkan. Jika ada idea juga mengenai topik ini, boleh juga dipertimbangkan. Terima kasih

"Kesedaran manusia bukanlah faktor utama yg menentukan keadaan mereka, sebaliknya keadaan sosial merekalah yg menentukan kesedaran mereka...." -Contribution to the Critique of Political Economy, Karl Marx, (1859)-

2 comments:

faiezi said...

Begitulah dia.....
ISlam Hadhari Ciptaan Paklah Badawi,
Yang mana ntah realiti,
Yang mana fantasi,
Gejala maksiat setiap hari,
budaya korupsi menjadi-jadi,
Pakaian menjolok mata muda dan mudi,
tak lupa tua turut serta sekali,
emmm apa nak jadi masyarakt hari ini,
ini kot kempen momokan islam hadhari...

haha..itulah dia MAn realiti masyarakat kita harini..mentaliti bertamandun katanya, padahal masih jumud dengan ruang lingkup kartasis masa yang berbelah bahagi...

CeO said...

ya...inilah keadaan masyarakat kita sekarang. Islam Had Hari sahaja tidak cukup, Islam tiap2 hari baru betul, Islam kena sepanjang masa. hehehe...

manusia mestilah praktikal dan mempraktikkan dalam kehidupan mereka. Hipokritis adalah manusia yg ralat.