Thursday, April 17, 2008

Ekonomi : Penjana Kuasa

Akum dan salam revolusi,

Sebelum membincangkan mengenai topik ini, kita harus tahu apa itu ekonomi. Ekonomi, adalah elemen keewangan yg dijana oleh pendapatan sama ada rakyat, industri, perniagaan dan sebagainya. Ekonomi, merupakan satu elemen yg teramat penting dalam kehidupan masyarakat pasca industri sekarang. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg membawa maksud lebih kurang seperti ini, "Separuh daripada kekayaan yg terdapat di dunia adalah datang dari akiviti urus niaga..." Dari sini, dapat dilihat bahawa Rasulullah S.A.W sendiri amat menekankan faktor ekonomi dalam kehidupan masyarakat. Jadi mengapa kita masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum lain di negara kita ini??Mengapa??

Sekarang, apa kaitanya ekonomi dan masyarakat? Sangat berkait...!!!!Jika dilihat dari sejarah negara kita, peristiwa 16 Mei 1969, peristiwa hitam yg tidak mahu diingati rakyat Malaysia, apakah punca utamanya??Ekonomi!!!Jurang ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu(kaum Cina terutamanya) yg jelas jauh berbeza. Isu terbaru, kegagalan Barisan Nasional memperoleh majoriti 2/3 juga berkait dengan ekonomi. Isu harga minyak, yg dimainkan oleh pihak pembangkang jelas membuahkan hasil.Kenapa??Kerana isu ini adalah relevan.Kita lihat, sebelum pilihan raya, kerajaan sangat tegas dalam harga minyak ini sehinggakan hendak menaikkan lagi harga minyak dan tidak mahu menurunkanya sesekali. Tetapi sekarang??Harga minyak boleh pula diturunkan dan sedang dipertimbangkan perlaksanaanya. Ini adalah satu hipokritis dan penipuan nyata oleh kerajaan...!!Oleh itu, apa yg sy hendak gambarkan disini adalah hubungan masyarakat dan ekonomi sangat berkait, malah memberi kesan terhadap keharmonian dan kesejahteraan rakyat keseluruhanya..Marilah kita berfikir....

Seperti yg telah sy jelaskan dlm post sy yg pertama dahulu, Max Weber ada menyatakan mengenai teori "Class, Status and Party", di mana parti (sama ada parti politik mahupun bukan politik) yg mewakili masyarakat dianggap sebagai satu "kuasa" (power). Oleh itu, penjana kuasa tersebut adalah ekonomi!! Dalam dunia sekarang, Amerika Syarikat memegang priority ekonomi terbanyak. Centralization of economy is in United States. Harga barangan di tentukan mengikut keadaan pasaran di sana. Amerika mempunyai satu pengaruh ekonomi yg sangat kuat yg mampu mencorak perubahan masyarakat sedunia. Oleh itu, Amerika juga sangat berkuasa dalam "politik" sehinggakan dapat menyerang dan mencampuri urusan negara lain tanpa sekatan selain menganggap dirinya sebagai "polis dunia". Kalu kita berfikir, kenapa Amerika sangat berani sehinggakan sanggup menggelar dirinya sebagai polis dunia, kenapa bukan Russia?Jerman?England?Padahal, faktanya, Russia mempunyai bilangan tentera dan kelengkapan perang yg lebih banyak dan juga moden setanding dgn Amerika. Hal ini kerana, ekonomi....bukan hanya disebabkan ketenteraan. Jika diimbas kembali pada zaman keagungan Soviet Union (fake SOCIALIST!!), Amerika tidak berani menganggap dirinya sebagai polis dunia, kerana ekonomi ketika itu di pegang oleh kesatuan Soviet. Begitulah kuasa sebenar ekonomi......

Jika ada sebarang penambahan, dipersilakan. Saya amat mengalu-alukanya.Jika ada tersilap juga, sila betulkan saya.Thanks, comrades

No comments: