Wednesday, June 4, 2008

Isunya bukan kereta, tetapi pemandunya??

Assalamualaikum dan salam revolusi,
Greetings to all comrades,.....

Baru-baru ini kecoh, ada individu yang hendak menyaman kerajaan Selangor. Halnya mudah, iaitu kerajaan Selangor tidak berjaya melunaskan janji-janji mereka sepertimana terkandung dalam manifesto pilihan raya ke 11. Ini adalah satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam negara kita dan tindakan individu tersebut dilihat wajar atas dasar "perjanjian kontrak sosial" dengan masyrakat Selangor. Jadi, ia dilihat relevan dan wajar dengan keadaan semasa di kawasan tersebut. Saya tidak berminat tentang hal politik, apa yang menjadi tumpuan saya adalah hak, pembelaan dan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat. Im more concern about society rather than discussing about political hypocrities. Jadi, isu kenaikkan harga minyak sekarang iaitu 40 % bersamaan dengan sekitar 78 sen seliter bagi petrol dan 1 ringgit Malaysia bagi diesel. Wow!! Banyak betul naik. Sekarang, masyarakat gelisah dan susah. Jadi di manakah janji kerajaan seperti berikut :

1 ) Kerajaan akan membela nasib rakyat yang tidak berkemampuan atau berpendapatan rendah.
2) Kerajaan TIDAK akan menaikkan harga minyak tahun ini

Jadi, bagaimana dengan janji-janji ini? Ini juga janji dan terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (jika tidak semua setidak-tidaknya masih lagi berkisar seperti maksud di atas), dan boleh dianggap sebagai satu "kontrak sosial" dengan masyarakat. Adakah wajar kita menyaman kerajaan kerana tidak menunaikan janji-janji tersebut?? Masyarakat semakin terhimpit, dan kehidupan makin teruk. Kenapa?? Mari kita lihat satu perspektif.

Kerajaan menaikkan harga minyak, logiknya subsidi itu diberi dalam bentuk wang. Jika diteliti, sistem baru ini memberi keuntungan satu pihak iaitu kerajaan. Kerajaan telah berjaya mengurangkan "beban" subsidi mereka dalam kuantiti yang banyak dan hanya menanggung harga subsidi 30 sen bagi setiap liter. Kerajaan tidak lagi menanggung sepenuhnya subsidi seperti sebelumnya tetapi hanya 30 sen seliter. Adakah hal ini benar?? Cuba semak. Jika ada kesilapan saya sedia menerimanya.

Yang kedua, kerajaan juga memberi subsidi berupa wang tunai kepada masyarakat iaitu RM 125 setahun bagi motosikal bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi mobil berkapasiti 2500 cc. Jika dilihat, ini wang yang banyak, tetapi realitinya masih jauh dari mencukupi. Mari kita kira, jika seminggu penunngang motosikal biasa akan menggunakan minyak sebanyak RM 5 (ini adalah harga lama, jika harga baru ini digunakan dengan subsidi??Fikirkanlah). Dalam sebulan ada 4 minggu dan setahun ada 12 bulan maka jumlah harga minyak yang perlu dibayar (mengikut harga lama) adalah RM 240. Subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah RM 125 manakala harga yang digunakan pengguna motosikal biasa adalah RM 240. Jadi, adakah ia relevan?? Melalui pengiraan inilah, saya dapati bahawa ia tidak menimbulkan "win-win situation" tetapi "one side-win situation" iaitu kerajaan. Fikirkanlah.

Saya menulis bukan untuk menyatakan siapa salah dan siapa yang betul, tetapi ini adalah realiti, kebenaran. Masyarakat perlu dibela dan di hormati, kerana masyarakat yang memilih pemimpin. Masyarakat memilih pemimpin untuk mewakili suara mereka, jadi kami lebih berkuasa dan berhak mendapat pembelaan. Kita negara pengeluar minyak, janganlah dibandingkan dengan harga minyak di negara bukan pengeluar minyak seperti Thailand dan Singapura. Bandinglah dengan negara pengeluar minyak lain, dan realitinya kita masih tinggi dari negara seperti Dubai dan Arab Saudi. Terima Kasih.

More power to society!!

C e O