Wednesday, April 16, 2008

Politik? Kritik? Hipokritis?

akum dan salam revolusi,
sepertimana yg diketahui, negara kita mengalami satu transaksi politik yg mengejutkan.Banyak pendapat menyatakan bahawa semua ini berlaku kerana protes rakyat, tetapi sejauh manakah benar kenyataan tersebut??Benarkah ia satu protes?Adakah sebelum ini tidak terdapat protes2 ini??atau sengaja kita butakan mata dan memekakkan telinga tentang perkara2 ini.Bagi saya ini merupakan satu lagi penipuan dan hipokritis politik kita.Mengapa??Politik kita menyalahkan rakyat yang mengundi sebagai "satu bentuk protes" terhadap kerajaan sedia ada.Ini tidak benar....!!Ini bukan satu protes tetapi satu perubahan, evolusi pemikiran rakyat yg berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi sekarang.

Menurut Ibn Khaldun, sebuah negara akan mengalami kitaran dalam pemerintahanya. Teori ini sedang berlaku di depan mata kita, jadi mengapa butakan mata??Setiap pemerintahan akan berakhir dan bertukar sama ada dari yang baik kepada tidak baik atau sebaliknya. Itulah karma politik. "Cruel leaders are replaced by good leaders to turned cruel..." -Rafael Ernesto Guevara

Tumpuan utama saya bukan untuk memperbaiki politik, itu bukan satu keutamaan. Bagi saya, politik hanyalah satu lagi bentuk "kebodohan" dan satu cerita hipokrit yg berleluasa. Keutamaan saya adalah membentuk sebuah masyarakat ideal, masyarakat sempurna, yg tidak memerlukan sebuah negara. Sebuah masyarkat adalah sangat berkuasa dari sebuah negara.

Ini adalah mukadimah dari saya, seterusnya saya akan menumpukkan tulisan saya kepada pembentukkan massyarakat ideal bersama-sama idea pemikiran saya.Kita mestilah berfikiran terbuka dalam membincangkan hal2 sebegini. Terima kasih, comrades

No comments: