Sunday, April 27, 2008

MELAYU ke MALAY?

assalamualaikum dan salam revolusi,

Setiap bangsa mahupun kaum di dunia ini mempunyai identiti masing-masing. Identiti inilah yg menjadi jati diri dan faktor perbezaan di antara satu bangsa dgn bangsa lain juga kaum tertentu dgn kaum yg lain. English adalah bahasa identiti bangsa Inggeris, Bahasa Mandarin pula identiti kaum Cina Mandarin, manakala Bahasa Tamil adalah bagi kaum India dan Bahasa MALAYSIA adalah identiti kaum MELAYU?????? Mengapa golongan MELAYU yang memperjuangkan hak2 orang MELAYU terlibat memperjuangkan BAHASA MALAYSIA????

Mengapa bangsa Inggeris menggunakan istilah English dalam menamakan bahasa mereka??Kenapa tidak dinamakan sahaja Bahasa British mahupun Bahasa Amerika??Pernahkah wujud istilah bahasa China??Bahasa India??Kenapa?
Kalu dilihat dari sudut psikologi, perkara ini berkait rapat dengan jati diri, identiti dan kebanggaan. Setiap bangsa mempunyai identiti masing-masing tetapi tidak lagi bagi bangsa kita sendiri, bangsa MELAYU. Kita tidak lagi mempunyai jati diri, kebanggaan. Mungkin ada orang berfikiran, apa ada pada nama? Nama tidak penting tetapi isinya, kandunganya lebih penting. Jika ada orang berfikir begitu, mari kita lihat dari sudut yg berbeza.

Menurut ajaran Islam, kita di galakkan memberi nama yg baik kepada anak-anak, tidak juga memberikan nama yg boleh membuatkan orang lain mengejek nama tersebut. Mengapa? Kerana ia berkait dgn jati diri, identiti dan maruah. Nama yg diberi memberi maksud tertentu yg indah dan baik agar individu tersebut dapat mencapai maksud nama masing2 sekurang-kurangnya. Jadi adakah nama itu penting??

Sekarang, kita lihat dari sudut lain pula. Kita hidup dalam sebuah negara yg terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa. Ada kaum Cina, India, dan sebagainya dan kaum-kaum ini mempunyai identiti dan bahasa rasmi masing2. Kenapa pula orang MELAYU harus juga berkongsi bahasa sendiri dengan kaum lain di bawah payung "PERPADUAN MALAYSIA". Cukuplah dgn cita-cita untuk membina bangsa MALAYSIA tetapi jgnlah sehingga hendak berkongsi bahasa ibunda sendiri. Kalau tidak, di mana lagi identiti orang Melayu, jati diri dan kebanggaan orang Melayu. Mungkin hal ini nampak kecil tetapi kesanya sangat besar. Harus diingat, bahasa yg pernah menjadi Lingua Franca satu ketika dahulu, bukan Bahasa MALAYSIA mahupun Bahasa TANAH MELAYU tetapi Bahasa MELAYU!!

Saya bukanlah anti perpaduan ataupun fanatik MELAYU tetapi ini adalah satu kenyataan yg merugikan orang MELAYU. Sudahlah orang MELAYU tidak mewah di tanah sendiri, "import" dan "asimilasikan" budaya luar dalam budaya sendiri, tidak cukup dgn itu bahasa ibunda pula "DIKONGSI". Fikirkanlah dengan baik, adakah ini benar. Mungkin sekarang kita tidak nampak kesanya, tetapi pada masa akan datang, siapa tahu. Terimalah kenyataan bahawa, kita masih lagi di "jajah" di bumi sendiri tanpa disedari ataupun kita sengaja butakan mata. Masakan tidak, nama negara sendiri pun masih lagi "Di orang putih" kan!!! Jadi tidak hairanlah jika banyak nama-nama dalam bahasa Inggeris banyak di guna pakai, sebab negara pun nama ikut Bahasa Inggeris. Jadi pejuang2 MELAYU yg memperjuangkan bahasa MELAYU mahupun yg memperjuangkan hak2 orang MELAYU bukalah mata, jangan asyik mulut ternganga tunggu orang suap sahaja. Jadilah seorang yang rasional dan praktikal. Kalu nak perjuangkan, perjuangkan betul2 jgn bias, hipokritis dan culas, buatlah dgn ikhlas, insyallah, kita akan mendapat kemenangan.Hidup MELAYU!

No comments: