Thursday, May 15, 2008

Terima Kasih, CIKGU!!!

Assalamualaikum dan salam muhibah,

Sempena Hari Guru, apa kata kita ambil sedikit masa untuk memberi penghormatan kepada para pendidik yang bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa. Sejak kebelakangan ini, institusi perguruan dicemari dengan beberapa insiden yang tidak enak untuk di dengar, seperti yang berlaku di Semenyih baru-baru ini di mana, guru di serang oleh ibu bapa ketika perhimpunan mingguan sekolah. Di manakah maruah dan kredibilti seorang guru apabila mendapat satu penghinaan sebegini rupa?? Bagaimanakah guru tersebut akan menghadapi anak muridnya apabila diperlakukan sedemikian?? Dimanakah silapnya?? Adakah ibu bapa yang kurang ajar atau sebaliknya, guru yang tidak pandai mengajar??

Kenapa ibu bapa berani menyerang guru??Kenapa?? Ada beberapa sebab, dan yang paling utama adalah kelonggaran kuasa guru terhadap anak murid mereka. Sekarang, guru tidak lagi mempunyai kuasa penuh untuk "menyentuh" anak murid mereka disebabkan salah faham mengenai hak asasi manusia. Apabila guru "menyentuh" anak mereka maka mereka mula mengambil tindakan sama ada melalui kekerasan mahupun saman menyaman. Kalau kita hendak mengarahkan kuda untuk berjalan pun, kita masih perlu menghentak bahagian perutnya, begitu juga dengan ayam, kalau hendak dihalau mesti di gertak atau terus dipukul dengan penyapu lidi. Sudah menjadi lumrah, dalam mendidik tidak kira antara manusia mahupun binatang kita perlu untuk "menyentuh" sebagai memberi pengajaran. Secara psikologinya, anak murid akan berasa patuh terhadap kuasa orang yang lebih dewasa selain, sentuhan itu sendiri dapat memberi rasa selesa dan selamat terhadap anak murid tersebut.
Sebab lain, ibu bapa sekarang tidak lagi mempunyai nilai yang tinggi untuk mendidik anak-anak mereka. Media yang berunsurkan barat, bukan sahaja mempengaruhi anak-anak malah juga turut mempengaruhi orang dewasa (ibu bapa). Mereka tidak lagi mengaplikasikan budaya dan nilai timur dalam mendidik anak-anak di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa sekarang yang kebanyakkanya bekerja kolar putih, hanya pandai dalam menguruskan kerjaya mereka, tetapi dalam ilmu agama, nilai mereka agak ketinggalan. Ketidakseimbangan kedua-dua unsur ini menyebabkan ibu bapa tidak menghiraukan budaya dan nilai kita yang lebih lemah lembut, bersopan santun serta sederhana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika ibu bapa sudah kurang ajar, maka apatah lagi anak-anaknya yang sudah tentu tidak makan dek ajar. Selain itu, ibu bapa sekarang tidak pandai menguruskan emosi mereka. Mereka terlalu beremosi dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa membuat pertimbangan rasional dan mengambil jalan diskusi dengan pihak guru untuk meneyelesaikan masalah anak-anak mereka.

Guru sepatutnya lebih berusaha dalam mencari ilmu, bukan sekadar belajar tinggi tetapi sudah memadai dengan lebih banyak membaca. Hal ini kerana, anak murid sekarang sudah terdedah dengan letusan maklumat yang mudah diperoleh dari media seperti internet, televisyen dan sebagainya. Guru harus bersedia dengan cabaran ini, dan janganlah kita menjadi guru yang hanya pandai dalam pedagogi tetapi ilmu tidak ada hanya berpandukan buku teks semata-mata. Contohilah Imam al-Ghazali, beliau menyarankan pendidik mestilah mempunyai akhlak yang baik supaya anak murid boleh mencontohinya (belajar melalui teladan). Proses pembelajaran tidak seharusnya berlaku di dalam kelas malah ia juga boleh berlaku di luar kelas melalui tingkah laku guru terutamanya. Guru juga perlu diberi autoriti sepenuhnya dalam mendidik anak-anak bangsa, kerana jika kuasa guru terhad maka susah untuk membentuk anak-anak murid yang kebanyakkanya terdedah dengan budaya barat yang tidak begitu menghormati orang yang lebih tua terutamanya guru.

Selain itu, guru harus diangkat menjadi profesion yang profesional setaraf dengan peguam, jurutera dan sebagainya. Walaupun wujud profesionalisme perguruan, tetapi adakah ia sama dengan profesionalisme kerjaya yang dinyatakan sebelum ini?? Adakah kerjaya sebagai guru mempunyai tahap yang sama dengan peguam mahupun jurutera?? Jawapanya tidak!! Memohon kerjaya guru lebih mudah dari memohon sebagai peguam mahupun jurutera. Sehinggakan, tiada lagi tempat bagi guru-guru baru kerana terlalu ramai yang memohon. Lambakan ini menunjukkan bahawa menjadi guru adalah kerjaya yang mudah. Jika apa yang saya katakan ini adalah tidak benar, jelaskan kenapa??

Seorang guru, haruslah mempunyai tanggungjawab, komitmen yang tinggi. Kursus KPLI haru dimansuhkan kerana mereka jelas tiada komitmen untuk menjadi guru selain perlambakkan guru di negara kita. Selain itu, untuk memantapkan institusi perguruan, janganlah asyik ditumpukan kepada kenaikkan gaji sahaja, tumpukan juga kepada pelatih-pelatih guru. Kerajaan harus memusatkan pengeluaran guru di satu tempat sahaj dan memansuhkan fakulti pendidikan di universiti lain. Hal ini menjadikan profesionalisme guru meningkat selain akan melahirkan guru yang benar-benar berkualiti. Kita tidak boleh menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus di universiti tetapi tiada peluang pekerjaan disediakan. Ia adalah sama dengan perlakuan menipu rakyat. Guru adalah insan yang mulia, kerana bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa, jadi mengapa kebajikkan guru masih lagi di tahap yang rendah?? Fikir2kan lah.

Sebagai warga bakal pendidik di masa hadapan, saya berasa terharu dengan situasi institusi perguruan sekarang, di mana guru tidak lagi di hormati, boleh di pukul sesuka hati, di hina dan sebagainya. Apabila saya melangkah ke dunia perguruan kelak, adakah dapat dijamin bahawa institusi perguruan adalah sebuah kerjaya yang mulia dan "selamat"?? Guru adalah insan yang mulia, maka hormatilah guru, kerana tanpa guru kita tidak akan berada di mana kita berada sekarang. "Tingkah laku dan Pengetahuan : adalah matlamat pendidikan yang sebenar.." -Dr. Martin Luther

Selamat Hari Guru.............."Terima kasih, CIKGU"

6 comments:

faiezi said...

Tq suma Guru..

Dulu fikiran pernah berpolemik..
perluke terusukan pengajian pada bidang yang sukar dan banyak cabaran yang perlu digalas kelak...sedang diri cukup kerdil peribadi murni..

Kini...

Cabaran itu makin hampir dihadapan...persoalannya mampukan aku?..

YaAllah,
Kau kuatkan imna,kekuatan dan keikhlasan syumul dalam diri agar menjadi insan bergelar pendidik yang sempurna pada titik semprna bagimu..

Amin.

Kohila said...

This comment has got nothing to do with the post . Just a reply to the comment posted in the PSM blog.

PSM , is the only socialist organisation that promotes and fights for socialism. PSM is the only part which puts the socialist idea in practice. It is the only party that leads the people's and workers movement in the country.

So before writting comments, first understand what PSm is doing and how it works rather than simply passing comments.

Thanks

Simon said...

Ceo...what have you been doing to promote socialism. Could you pls tell us how do you practise socialism and building the society at least in Msia. Its always easy to write in blogs and to have group dicussion. Also pls don't try to give is the meaning of socialism, which is fake which is not. We have our cadre classes to know better abt socialism. But most important thing is to do work at the ground and empower the poeple. Hope you are doing some solid work rather than just passing remarks. And definately PSM is not what you have been thinking or potraying.

CeO said...

Simon,

Your PSM will never go far like that. You treat me like Im a 7yrs old that cannot vote you. Im a voter and surely my community will not support your movement, just go back to your work!

Simon said...

Dear CEo,

I would like point one thing and not to have argument with you. I only asked what have you been doing in promoting socialism in Malaysia because its not an an easy task given Malaysian political and cultural background. A lot of people keep labbeling others whether people are socialist or not. But what people fail to do is to do the 'real work' - to empower and liberate people from oppression. So, thats I asked what is your contribution. Am I wrong in asking that. If you want to help us, please come and joint hand with us. Lets make socialism an alternative to the people.

CeO said...

Please......
Im not concerning about your movement anymore.Just do your thing and I do my thing.Ok.You fight with your way and I fight with mine.Just do your work comrades. More power to you.