Tuesday, July 1, 2008

Konsep 'Alienation' (Keterasingan)


Teori Marx Muda Tentang ‘Alienation’


Dalam esei-esei dan manuskrip awal Karl Marx sekitar tahun 1843 dan 1848, Marx menggunakan istilah Entfremdung (keterasingan atau kelainan) dan Entausserung (proses pendalaman atau ketersaingan) untuk merujuk kepada banyak perkara-perkara hebat. Walau bagaimanapun, hal ini menimbulkan masalah dalam menghubung dan menjalinkan hubungan antara keterasingan tersebut dengan kehidupan manusia sebenar.

Penggunaan istilah Entfremdung dan Entausserung biasanya merujuk kepada pemisahan antara benda yang secara semula jadinya adalah bersama ataupun pembangunan bagi perbezaan hubungan dalam perhubungan atau ketidakamanan dngan masyarakat yang sedia hidup dalam kedamaian. Marx menggunakan istilah tersebut untuk mengekspesikan idea beliau terhadap fenomena yang dikategorikan beliau sebagai tidak normal atau ketidakfungsian sistem (system dysfunctional). Menurut Marx, idea keterasingan boleh dikaitkan dengan buruh(pekerja) di mana pekerja dianggap berpecah atau dibiarkan berpisah dengan produk (hasil) mereka; mereka adalah terkeluar dari hubungan dengan persekitaran mereka (berbeza dari aspirasi dan keinginan atau nafsu semula jadi manusia)[1].
Divisyen buruh adalah keterasingan di mana ia memisahkan manusia kepada kategori yang rigid dan menentukan aktiviti manusia di dalam hubungan keterasingan terhadap seorang dan orang yang lain. Hal ini bermaksud setiap manusia tidak mempunyai hubungan yang langsung mengenai sesuatu perkara dengan setiap manusia yang lain. Hubungan ‘inter’ yang kompleks ini sering kali di dalah tafsir oleh masyarakat yang tidak memahami konsep keterasingan tersebut.
Selain itu, konsep keterasingan tersebut juga digunakan Marx dalam menyampaikan idea ‘Alienation’ dalam ‘kewujudan’ atau ‘kelahiran’ manusia itu sendiri. Hal ini kerana, ‘kelahiran’ manusia yang dimaksudkan adalah melalui persekitaran mereka, di mana ‘persekitaran’ dijadikan sebagai metafor untuk ‘tuan’ atau ‘pencipta’ manusia yang melahirkan individu sebagai seorang manusia. Golongan yang berkuasa akan lahir dari persekitaran itu dan akan menguasai dan menjadi tuan kepada pencipta mereka.
Kejadian manusia yang dikonsepkan Marx sebagai keterasingan ini yang akan menguasai pencipta mereka secara radikalnya, akan melahirkan karekter yang pelbagai, bukan sahaja melibatkan produk material, pekerja tetapi juga melibatkan institusi sosial, termasuk juga dari aspek pemikiran dan idea seseoarang. Kewujudan manusia bukan hanya lahir dari satu entiti, tetapi ia dikuasai dalam pelbagai cara seperti kesedaran agama, kenegaraan ataupun dari segi pembentukkan kapital (pusat).

[1] Allen W. Wood, 2004, Karl Marx Routledge New York

No comments: